Semalam saya call k.yuz, rasanya sejam lebih kot.
"Jie, awak ada lagi tak?" k.yuz ingat saya dah terlelap agaknya.
"Ye...sedang mendengar ni." diam sebab tekun mendengar la. Takkan nak mencelah pulak bila akak sedang gigih berhikayat. Dari zaman mula-mula masuk ke alam kampus sampailah sekarang (kerja+master) semua dia nak bagitau. Termasuklah 'boyfriend' kesayangannya yang bernama Muhammad, yang berumur 3 tahun.
"Akak, nak jadi anak sedara ipar akak boleh tak?" tapi nampaknya k.yuz tak sudi. Huhu.. Seronok dengar pasal si kecil Muhammad yang soleh. Dah hafal macam-macam doa. Tapi muhammad dah jadi yatim, abang ipar k.yuz dah meninggal semasa muhammad berusia 19 hari sebab accident.
"Cik yuz kahwin dengan muhammad jelah nanti." tergelak saya bila k.yuz bagitau muhammad cakap macam tu. Tabah, tabah.
Itupun terpaksa berhenti sebab k.yuz terpaksa jawab panggilan lain yang masuk. Kalau tak, pasti berjilid-jilid lagi cerita yang ingin beliau riwayatkan. Takpe kak, jie faham. Sharing is caring. Boleh jadi seorang pendengar yang setia kan?
Apapun yang berlaku, kuatkan semangat ye kak. Jie sayang akak jugak. Thanks for being my sis! Sila menangis kalau rasa terharu. :P
This is for you...
Dan seorang remaja berkata...
Bicaralah pada kami tentang Persahabatan. Dan dia menjawab:
Bicaralah pada kami tentang Persahabatan. Dan dia menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi. Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.
Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”. Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran. Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan. Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu. Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu! Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu. Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan.. Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.
(Khalil Gibran)


2 comments:
terharuuuu...huhu.. nak nangis la.. boleh kan..kan..kan... kalau betul jie sayang akak.. tadah air mata akak! hehe...tak senonohlak akak ni.. anyway tq jie..sudi menjadi pendengar yg baik...
boleh, silakan aje..
tadah? taknak! :P
sama2..^_^
Post a Comment