Hari ni cuma satu kelas, 8.30 pagi. Dan ada presentation. Dah lama buat slide tu sebenarnya, tapi pukul 7.40 pagi tadi baru siapkan conclusion. Semalam sangatlah mengantuk, lepas maghrib terus lena. Sedar-sedar dah pukul 9 malam, itu pun sebab roommate panggil. Melepas nak pergi forum. Sambung buat assignment jelah. Pukul 4 pagi baru boleh tidur balik. -_-"
Baru selesai satu presentation, dan final draf EAW masih belum dihantar, due date next week. Ada lagi empat presentation, termasuk individu dan group. Kelas untuk sem ini cuma berbaki lagi dua minggu, ada gap seminggu (balik rumah! bolehkah?) dan final exam pun bermula. Ada harapan untuk lecturer buat kelas ganti ni. Alahai...hampir setiap sem pun macam ni, sebab tak sempat nak habiskan presentation.
Saya nak cerita pasal apa sebenarnya ni?
Oh, ya! Jumaat. Hari ni hari yang bersejarah untuk seorang sahabat. Maaf ye zinni, sebab jie tak dapat memenuhi jemputan. Apakan daya, ada kelas, my turn untuk present pula tu. Dan terengganu tak dekat. Kirim doa jelah. Semoga berbahagia dengan mujahid pilihan hati. Dan semoga segalanya berjalan lancar. Nanti nak tengok gambar ye. :)
Sabtu minggu depan juga ada undangan walimah. Bukan satu, tapi tiga. Utara dan selatan pun ada. Masyitah di pulau pinang, k.syeril di johor, zafirah di selangor. Tak mampu untuk terbang ke semua tempat (memang tak boleh pun), maknanya boleh pergi salah satu tempat jelah. Maaf dan maaf, teringin untuk memenuhi kesemua jemputan, tapi...tempat semuanya jauh-jauh. Huhu.
Tahniah untuk yang telah dan melangkah ke alam baru. Barakallahu lakuma.
Teringat masa dalam kelas rabu lepas, lecturer sedang mengajar di depan, tiba-tiba kawan di sebelah tegur.
"K.jie bila nak kahwin?" dia bertanya separuh berbisik.
"Ha? Ni apahal pulak tiba-tiba tanya soalan ni?" Budak ni memang la, tak ada soalan lain ke nak tanya.
"Takdela... biasa dah 4th year ni orang asyik tanya soalan ni je."
"Takde orang nak." selamba saya menjawab. Saya memang suka menggunakan jawapan ini. :P
Er, ada kaitan ke tajuk dengan entri ni? Tak kisahlah, yang penting hari ni hari jumaat. Di luar masih hujan, hujan rahmat mudah-mudahan. Nak sambung siapkan report sikit lagi. Lepas zohor ada briefing lagi untuk praktikal nanti. Dah berapa banyak briefing tak tau la. Tabah, tabah.
~Salam sayyidul ayyam~
P/s: Tiba-tiba cik puteri semut yang pemalu tapi comel tegur kat YM cakap rindu dan saya pun ajak beliau pergi dating. Nak ikut? Jom! Esok la.


No comments:
Post a Comment