Followers

Sunday, March 13, 2011

Umrah?

"Assalamu'alaikum jie. Pernah pergi umrah tak?" saya menerima mesej dari buah hati. Her name is husna ok! Husna memang suka tulis (sms) penuh kalau bagi salam, rajin sungguh budak tu. :)

"Ws. Mestila tak." saya membalas.

"Kalau ada orang nak sponsor, awak nak pergi tak?" Terkebil-kebil saya memandang skrin handset. Masa tu tengah mamai lagi baru lepas qailulah.

"Nak! Bila? Dengan sape? Tapi kalau time praktikal tak boleh la.." tak sangka soalan itu yang ditanya. Siapa yang tak nak pergi. Hati sudah berbunga-bunga. Biar betul husna ni.

"Em, saya dengan family, dan family diorang. Bila tu tak tau lagi.Saya pun harap bukan time praktikal.." mesej seterusnya masuk ke inbox. Dan kami berbalas-balas mesej lagi.

Husna meminta saya memberikan salinan kad pengenalan melalui emel. Tempat terhad katanya. Tak pernah terfikir ada orang nak sponsor untuk mengerjakan umrah. Berangan tu pernah la..hehe

Sebenarnya kan, saya sangatlah teringin untuk ke mekah sewaktu masih muda dan sebelum kahwin  Angan-angan untuk ke mekah memang ada, termasuk dalam cita-cita la jugak tu. Ameen... Sangatlah jeles dengan sahabat-sahabat yang dah berpeluang mengerjakan umrah semasa masih belajar.

Tak tahu lagi macam mana sebab belum bincang betul-betul lagi. Kalau tak jadi pun, saya harap saya tetap berpeluang untuk ke sana suatu hari nanti. Harap-harap dipermudahkan. Terima kasih, husna sayang!


** Semalam berjalan seharian ke shah alam. Dari pukul 7.40 pagi keluar dari bilik, bertolak dari UIA lebih kurang pukul 8 pagi. Destinasi-bukit cerakah, masjid shah alam, PKNS, dan i-city. Hampir jam 12 tengah malam selamat kembali ke bilik dan...SO TIRED! Pergi dengan bas UIA, join BRC mahallah maryam (menyibuk je, hehe). Lepas zohor nanti akan ke Taman Layang-layang (yeay!) dengan SOCASA (Sociology & Anthropology Students Association). Update later. **

No comments: